salam...
kawan2 yang gemarkan kek cokelat, hari ni saya bagi resepi yang paling mudah untuk membuat kek cokelat yang sedap...hehehe so far hasilnya tak pernah mengecewakan. InsyaAllah kalau kita buat dengan ikhlas, ia akan menjadi sebiji kek cokelat yang montok dan sedap...resepi dari kawan2
Bahan-bahan:
3 biji telur ayam
2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (guna minyak masak pun boleh juga-alternatif)
1 cawan air panas mendidih
2 cawan tepung naik sendiri (cth:blue key)
1 cawan serbuk cokelat
1 sudu teh esen vanilla
cara2 membuatnya:
pukul telur dan gula (tak payah sampai kembang pun tak ape..).masukkan esen vanila, susu cair gaulkan sebentar.kemudian masukkan minyak jagung.masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk cokelat dan gaul sehingga rata.masukkan air panas dan gaulkan seketika sehingga rata. kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam loyang
akhir sekali, jangan lupa kukus selama 1.25 jam
tips: - jangan terkejut kerana adunan tsbt agak cair setelah dicampur air panas.itu normal
- gunakan loyang yang berlubang tengah supaya kek masak dengan sekata
- untuk memastikan kek masak sepenuhnya, cucuk menggunakan lidi satay.
sekiranya didapati lidi tersebut tidak melekat maka confirm kek tu dah masak
selamat mencuba....resepi lain akan menyusul kemudian ye... :-)
3 comments:
yummy!!
mesti nak try buat 1 fine day nanti!
buatla ayu...senang je nak wat kek ni xyah susah2 timbang...sukat guna cawan je...
klau bakar dlm oven boleh ke?
Post a Comment