Showing posts with label mac 09. Show all posts
Showing posts with label mac 09. Show all posts

Thursday, April 2, 2009

My Favourite Kek Cokelat


salam...

kawan2 yang gemarkan kek cokelat, hari ni saya bagi resepi yang paling mudah untuk membuat kek cokelat yang sedap...hehehe so far hasilnya tak pernah mengecewakan. InsyaAllah kalau kita buat dengan ikhlas, ia akan menjadi sebiji kek cokelat yang montok dan sedap...resepi dari kawan2



Bahan-bahan:

3 biji telur ayam
2 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung (guna minyak masak pun boleh juga-alternatif)
1 cawan air panas mendidih
2 cawan tepung naik sendiri (cth:blue key)
1 cawan serbuk cokelat
1 sudu teh esen vanilla

cara2 membuatnya:
pukul telur dan gula (tak payah sampai kembang pun tak ape..).masukkan esen vanila, susu cair gaulkan sebentar.kemudian masukkan minyak jagung.masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk cokelat dan gaul sehingga rata.masukkan air panas dan gaulkan seketika sehingga rata. kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam loyang
akhir sekali, jangan lupa kukus selama 1.25 jam

tips: - jangan terkejut kerana adunan tsbt agak cair setelah dicampur air panas.itu normal
- gunakan loyang yang berlubang tengah supaya kek masak dengan sekata
- untuk memastikan kek masak sepenuhnya, cucuk menggunakan lidi satay.
sekiranya didapati lidi tersebut tidak melekat maka confirm kek tu dah masak

selamat mencuba....resepi lain akan menyusul kemudian ye... :-)

Tuesday, March 24, 2009

kali pertama...



assalamualaikum..
kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya ni...
sebenarnya niat untuk mempunyai blog dah lama terbit dalam hati setelah membaca beberapa blog orang lain sebelum ini. Saya rasa teruja sangat namun faktor masa dan tak reti membantutkan niat tu.(malas nak godeh sbnrnya..hehehe)tapi hari ni 24/3/2009 saya teruja apabila melihat rakan saya dok sibuk menulis blognya. hmm...nampak gaya dah ada cikgu yg sudi mengajar..maka atas bimbingannya maka terjadilah blog "aku dan diriku" ini...waaaa...seronoknya..thanx wan & ain....