oleh ~Ustazah Siti Nor Bahiyah
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.
Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
*Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.
Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh- Baca Bismillah 1 kali- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Monday, April 20, 2009
Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat
Posted by anne hashim at 11:55 AM 7 comments
Labels: Perihal Wanita
‘Polycystic Ovary’ (PCO) Mengancam Kesuburan Wanita Malaysia
´Polycystic ovary´ atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut. Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap. Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
TANDA-TANDA PENYAKIT PCO
1. Tidak Subur atau Mandul Kebanyakan pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin - masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
2. Haid Tidak Teratur Tanda yang biasa bagi pesakit PCO ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan Wanita yang mengidap penyakit POC akan mengalami haid yang sangat sedikit - hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh Rambut Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut - juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit POC ini.
PUNCA PENYAKIT POC
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH - tinggi, hormon estrongen - tinggi, hormon progesterone - rendah, hormon progesterone - rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut. Penyakit PCO juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian penyakit PCO. Selain itu, faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah, pergeseran dan konflik di kalangan keluarga atau saudara mara dan ketika memandu juga menyebabkan masalah PCO.
TUJUAN RAWATAN
Tujuan pertama ialah untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari.
ANTARA RAWATAN PCO
1. Mengawal Kegemukan (Obesity) Perkara yang penting sekali ialah ketabahan, disiplin serta keazaman diri pesakti untuk mengurangkan berat badan kerana sebenarnya orang yang ´obese´ atau gemuk mengalami masalah tabiat makan. Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kilogram dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kilogram. Selain itu, kekuatan mental juga penting untuk mengawal pemakanan mereka serta mereka perlu membuat riadah atau ´exercise´ yang sistematik.
2. Meningkatkan Kesuburan Wanita Dari segi merawat kesuburan, terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar sakitpuan. Diantaranya ialah pengunaan ubat seperti:
a. Ubat subur Clomiphene Biasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid. Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur. Respons yang positif dan dapat mengeluarkan benih telur mungkin berlaku hanya kepada sebahagian pesakit sahaja dan sesetengah diantara mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur. Walaupun demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.
b. Ubat Kesuburan Gonadotrophin Suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut. Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.
c. Ubat Metformine Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang mengambil ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung. Ubat metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis akan digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sehingga enam bulan.
3. Rawatan ´Laparoscopy´ dan ´Ovarian Drilling´ Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit POC akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik ´cautery´ ataupun ´laser cautery´. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.
Dipetik dari http://www.nuriman.wordpress.com/ tq 4 d info..
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
http://www.yadim.com.my/
Posted by anne hashim at 10:30 AM 1 comments
Labels: Perihal Wanita
Yang Lebih Kau Cinta
Oleh Fauziah Latiff (Amin Abdullah)
Kucuba untuk jadi yang terbaik
Namun ada dia yang lebih kau cinta
Yang lebih kau cinta
Namun ku akan terus berusaha
Untuk memenangi walaupun ku tahu
Kecewa jua akhirnya
( korus )
Mengapa tak dapat aku memadamkan
Kenangan manis bersamamu
Bahagia yang aku harap-harapkan
Tak ingin aku rasa dipertandingkan
Sehingga diri diperbandingkan
Untuk selamanya
Ketika cinta ini masih lagi bertakhta
Selagi jiwa ini masih jua ingin dipuja
Katakanlah padaku di mana kekurangannya
Untuk kita bahagia berdua saja
( ulang dari korus )
Bisakah aku jadi yang terbaik
Kerna ada dia yang lebih kau cinta
Yang lebih kau cinta
p.s...sejak tgk klip video ni@channel 180 astro, lagu ni sentiasa meniti di bibir.best juga..lagu lama
Posted by anne hashim at 10:22 AM 0 comments
Saturday, April 18, 2009
noneng cedera...
5.45pm ~ biasanya saya sampai ke rumah dan disambut oleh noneng di pagar sambil menyapu2 muka (bangun tidur la tu...). tapi peliknya hari ni kelibat si noneng langsung tiada. masuk ke rumah pun takde juga.pelik juga ni...rupa2nya abang kata kaki noneng cedera mungkin patah sbb dia berjalan menggunakan 3 kaki shj. bukan main lagi, terbaring atas katil si noneng nih...marah betul dia bila dipegang kakinya...dalam hati kata sakit agaknya dia.ni mesti kalah gusti nih..dia tu nampak je macho tapi penakut bukan main. kat taman ni pulak ada kucing itam yg sangat gangster..pantang jumpa noneng nak diterkam je. (agaknye noneng menolak cintanya kot.hehehe).noneng ni pulak x reti nak melawan..tadah je.mmgla kena balun je ngan itam kalau jumpa.rasanya kecederaan yang noneng alami ni disebabkan gigitan kurang manja dari itam le ni...kurang asam btl...
wa, sunyilah rumah kami sekejap sbb noneng xde mood nak bergurau.makan pun xnak..ayah angkat dia nak suap pun xnak. kesian dia. esoknya kami bawa noneng ke hospital haiwan di banting. oo betullah, doktor kata sendi kakinya bengkak mungkin infection dari gigitan itam. doktor pun bagi injection untuk tahan sakit dan diberinya antibiotik...kelakar, nilah first time kami bawa haiwan ke klinik.kalau bawa mak ke, bawa diri ke..biasalah kan ek? doktor pun amik biodata noneng, siap ada buku rawatan lagi..itu ini kenalah RM60 diberi kepada doktor veterinar tu...
hmm...tuan punye kucing ni pun sakit juga tapi dok tahan2 xnak gi spital.hehehe..wat to say...
oh ye..lupa, hari ni noneng dah kembali sihat cuma mood nak bergurau masih kurang. tadi kena terkam lagi ngan itam mujur kami ada di rumah tolong selamatkan...agaknye bertambah2 bengang si itam tu pada noneng kan? that's all...
Posted by anne hashim at 10:04 PM 3 comments
Labels: noneng
Friday, April 10, 2009
sesat barat...
7 april 2009
Sepatutnya hari ni saya menyelia pelajar yang sedang praktikal di Berkat Teknologi Ent. di Meru. Appoinment telahpun dibuat seminggu sudah. Jadi, setelah bersarapan (buat cekodok bawang kegemaran abang..hehe agaknyelah..) dan setelah abg pergi sekolah (nota:hari ni dia anjal) saya pun bersiaplah untuk berjumpa dengan en. Kamaruzaman empunya syarikat ni. Namun begitu sebelum saya bertolak, saya pun menghubungi beliau untuk kepastian. malangnya beliau terpaksa menghadiri satu mesyuarat dan meminta perjumpaan kami ditunda pada keesokan harinya.alhamdulillah.....hehe
oleh yang demikian, di kesempatan yang ada saya terus buat plan B iaitu jalan2 dengan kass (my bestfriend).hehehe..kesempatan yg sukar diperolehi. Berjumpa beliau di R&R USJ dan terus ke Putrajaya menziarah Afiah (kwn semasa di KTAM) yang baru bersalin baby keduanya~ boy (nota:Tahniah ye...). sebelum tu kereta saya park di carefour subang jaya. nak borak punye pasal...
3.00 PM
menuju ke Uitm untuk submit form Master si kass ni ha....dah settle semua about pkl 6 dia hanta saya ke carrefour semula untuk mengambil kereta saya semula. Di sana kami berpecah ke rumah masing-masing...
6.00pm
dari carrefour saya sepatutnya exit USJ semula untuk ke exit seafield. entah macamana tetiba saya nampak signboard puchong...aaa sudah..dalam hati kata sesat jugak aku ni...jalan terus2 tetiba sampai ke cyberjaya putrajaya, pusat pentadbiran dsb...x give up lagii...teruskan lagi pusing2 tah tetiba nampak bangi..terus exit kat bangi menuju ke KL.sampaila ke sg besi...dalam pada tu call abang tapi x berangkat. bateri hp pulak kong...apala malang nasib...huhu...
dah exit sg besi sepatutnya saya masuk kesas hway menuju ke klang/shah alam..tapi dah terlepas pulak..teruskan juga sampai salak selatan, salak jaya....pusing2 tetiba sampai balik ke exit sg besi..amik tiket terus menuju ke selatan (biasanya kalau dari johor masuk ke persimpangan KLIA)..nak cubalah jalan tu...punyelah jauh..adoii..jam dah dkat pkl 8.00 pm...
7.55
emmm...ada R&R nilai..nak singgah solat magriblah...punyelah excited x sedar rupa2nya saya masuk ke Nilai Memorial Park..mak aiii, tetiba meremang bulu roma..dahla jalan gelap..gi kubur cina pulak...hehe rupanya tersalah masuk simpang...dah sampai R&R, solat cepat2 teruskan perjalanan yg sangat jauh rasanya...dan alhamdulillah...sampai jugak ke rumah >< 9.00pm...letih usah nak kata...
begitulah kisah org yg buta KL...patutla si kas kalau jalan sikit syik call member tanya direction.abang pun mcm tu jugak..saya nak call byk kali bateri pulak dah kong...padan muka...tapi xpe juga..at least saya dah tau jalan KL sikit2.hehehe
Posted by anne hashim at 2:18 PM 3 comments
Thursday, April 2, 2009
My Favourite Kek Cokelat
Posted by anne hashim at 11:33 PM 3 comments
Labels: mac 09