Hari ni genap usia suami saya (abang) 37 tahun...tiada apa yang istimewa sekadar ucapan dan sebiji kek tanda ingatan.(hehehe...sebenarnya itu aje yg saya mampu buat masa ini)..semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi abang dunia dan akhirat, dipanjangkan usia untuk beribadat kepadanya dan dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal...i love u..
Tuesday, March 31, 2009
happy birthday...
Posted by anne hashim at 12:05 AM 2 comments
Friday, March 27, 2009
Noneng
Ini adalah kucing belaan saya dan suami. namanya "noneng" sempena bulunya yg kuning keemasan. Di kampung, noneng diberi gelaran gangster kerana habbitnya yg gemar menggigit secara bergurau jari tangan atau kaki sesiapa sahaja termasuklah anak buah saya yg masih kecil... noneng ni asalnya saya jumpa di office semasa saya masih bekerja di PJB. atas dasar kasihan, saya pun membawanya pulang dan membesarkannya hingga kini. Noneng sangat manja dengan kami...kadang-kadang makan bersuap, berak pun bercebok..ish ish...maklumlah org xde babykan.hehehe...one thing, noneng ni bagusnya kalau nak 'yak' dia tau gi toilet..tulah yg mudahnya sbb dididik begitu.xlah susah kami nak mencuci najisnya..semenjak ada noneng dirumah, kami x kesunyian lagi.lebih2 lagi semakin banyak kucing yang datang bertandang.yang hitam, yang tompok, yang mengandung semua ada..entah dari mana2 gaknye menumpang kasih. Noneng ni pulak penakut bukan main selalu kena buli ngan kucing2 yang datang tu...kesian dia. Namun begitu kalau ada tuan, noneng tetap jadi pemenang.hehe
Posted by anne hashim at 10:05 PM 0 comments
Labels: noneng
Tuesday, March 24, 2009
kali pertama...
assalamualaikum..
kepada rakan-rakan yang sudi membaca blog saya ni...
sebenarnya niat untuk mempunyai blog dah lama terbit dalam hati setelah membaca beberapa blog orang lain sebelum ini. Saya rasa teruja sangat namun faktor masa dan tak reti membantutkan niat tu.(malas nak godeh sbnrnya..hehehe)tapi hari ni 24/3/2009 saya teruja apabila melihat rakan saya dok sibuk menulis blognya. hmm...nampak gaya dah ada cikgu yg sudi mengajar..maka atas bimbingannya maka terjadilah blog "aku dan diriku" ini...waaaa...seronoknya..thanx wan & ain....
Posted by anne hashim at 4:05 PM 1 comments
Labels: mac 09
Subscribe to:
Posts (Atom)